SELAMAT DATANG KE SK KELAPA SAWIT NO.4


Lawatan Sambil Belajar (15/08/09)

SK KS4 telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar (LSB) ke Miri untuk murid tahun 6 pada 15 hb Ogos. Guru pengiring adalah terdiri daripada Cikgu Faizal (Ketua), Ustzh Norma, Cikgu Rashid, Cikgu Ammar(hehe...), Cikgu Madihah dan Cikgu Maizatul Sarah.

Antara tempat-tempat yang dilawati adalah Lapangan Terbang Miri, Hotel Park City, Dewan Suarah, Taman Awam, Perpustakaan Awam, Stadium, Pusat Membeli-belah, Muzium Petronas dan tempat yang terakhir ialah pantai.
Peserta rombongan amat teruja dengan lawatan tersebut dan diharap mereka mendapat pengalaman yang bermakna.Rombongan tiba dengan selamat di KS4 pada pukul 6.30 pm.


Kem Bestari Solat (13 - 14/08/09)


Hari 1:
Kem Bestari Solat-KAFA berjalan lancar wal
aupun program dibuat awal sedikit daripada tarikh yang ditetapkan. Program ini melibatkan murid-murid tahun 1 hingga 4 dan ia diadakan bagi melihat penguasaan murid terhadap teori dan amali wudhuk dan solat 5 waktu.
Hari 2:

Kem Bestari Solat hari ini masuk hari terakhir. Pada hari ini diadakan kuiz dan sukaneka tentang bacaan dan pelakuan dalam solat. Acara berjalan dengan meriah dan sengit antara kumpulan yang bertanding. Syabas dan tahniah buat semua guru terutama guru agama atas kejayaan program tersebut. Acara berakhir pada pukul 5.30 petang.

Mesyuarat PIBG (09/08/09)

Mesyuarat PIBG SK Kelapa Sawit No.4 (KS4) telah diadakan pada hari Ahad, 9 Ogos, 2009. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama ibubapa yang hadir pada hari tersebut. Tahniah kepada YDP yang baru dilantik iaitu En. Awang Karudin serta tidak dilupakan ucapan penghargaan kepada mantan YDP, En. Aris. Kerjasama semua staf telah melancarkan perjalanan mesyuarat. Majlis berakhir dengan jamuan makan tengahari yang menyelerakan, disediakan dengan kerjasama staf-staf KS4.

RIMUP (07/08/09)



Acara jogathon / merentas desa dan sukaneka telah diadakan di SK Kelapa Sawit No.4 pada 7 Ogos, 2009 bersempena Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Sebelum itu, diadakan senamrobik dan tarian poco-poco yang disertai oleh semua warga sekolah. Upacara penyampaian hadiah telah diadakan di dewan sekolah dan majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama warga sekolah.