SELAMAT DATANG KE SK KELAPA SAWIT NO.4


AZAM 2011

Selamat Tahun Baru buat semua warga sekolah, ibubapa dan murid-murid serta para pengikut blog ini. Aluan selamat datang kepada semua murid dan guru baru yang bertugas di SKKS4. Semoga apa yang kita azamkan dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Di harapkan segala usaha bagi mengangkat dan memartabatkan sekolah dapat diteruskan dengan lebih cemerlang melalui kerjasama semua pihak.

CERIA MERDEKA





Acara perasmian "Ceria Merdeka" telah diadakan pada hari Selasa,10 Ogos 2010 yang lalu sempena sambutan kemerdekaan kali yang ke-53. Majlis yang sederhana tetapi menggugah jiwa dengan pengisian yang mantap, menarik dan bermakna oleh Patrick Andrew sebagai pengarah program diadakan bagi menyemarakkan agenda ini kepada anak bangsa untuk mengenal merdeka. Antara pengisian program ialah sebuah sketsa "Kemerdekaan" oleh tenaga pengajar SK KS4, deklamasi puisi oleh Cikgu Poul yang ditulis Chua E Liang dalam antologi "Aksara Merdeka", koir , dan deklamasi sajak oleh 2 orang murid tahun 4 yang berbakat iaitu Mohd Syukri dan Asmiahti. Salam merdeka untuk semua.

TEMASYA SUKAN SEKOLAH

9 Mei lepas, temasya sukan KS4 telah diadakan di Padang Kilang Sawit Niah. Acara yang bermula seawal jam 7 pagi telah berakhir pada jam 6.30 petang. Pelbagai acara termasuklah bagi kategori pra sehinggalah kepada acara terbuka telah diadakan dengan jayanya. Kerjasama semua pihak terutama pengurusan kilang, staf dan guru telah menghasilkan kejayaan bagi temasya yang diadakan setiap 2 tahun ini. Semoga temasya yang dirancang diadakan di Stadium Miri pada tahun depan dapat direalisasikan dengan lebih jaya.

PASUKAN NASYID


TAHNIAH buat pasukan nasyid sekolah pada tahun ini yang sekali lagi berjaya menjadi juara peringkat zon dan terus mara ke peringkat bahagian.
Kejuaraan yang telah disandang selama 3 tahun berturut-turut adalah hasil kerja keras guru pembimbing kumpulan Soutul Hikmah iaitu Ustzh Mawar Sibli dan dibantu oleh Puan Siti Haniza Bugal. Semoga kejayaan terus menjadi milik KS4 di tahun hadapan!

berjumpa kembali.. :)

Salam 1Malaysia...
Maaf sebab sudah sekian lama saya tidak mengemaskinikan blog disebabkan masalah capaian internet yang kurang baik dan juga kekangan masa yang sentiasa sibuk dengan aktiviti-aktiviti sekolah dan peribadi. Pelbagai aktiviti menarik di sekolah yang tidak sempat saya kongsikan di sini tetapi saya akan cuba upload foto-foto yang menarik walaupun agak lambatt untuk tatapan pengunjung blog ini.Terima kasih.
Jumpa lagi..

SELAMAT TAHUN BARU
2010


SELAMAT TAHUN BARU

Selamat datang buat anak-anak yang baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Walaupun kebanyakan guru-guru yang berasal dari semenanjung baru tiba, namun aktiviti sekolah tetap perlu diteruskan. Semoga tahun ini memberikan peluang kepada semua untuk meraih kejayaan yang lebih bermakna. Tidak lupa juga diucapkan selamat datang buat semua guru baru.

SALAM AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA

Maaf Zahir dan Batin
daripada

WARGA KS4

SEKOLAH BESTARI ( 03/08/09 - 11/09/09 )


Projek pembestarian sekolah telah bermula pada 3 Ogos hingga 11 September yang lepas di mana sebelum itu seorang guru KS4 telah dihantar untuk mengikuti kursus Pembestarian Sekolah Kohort2 selama 4 minggu di IPG Miri.
Setelah melaksanakan projek selama 4 minggu di sekolah, guru dikehendaki menghantar laporan kepada IPG Miri. Projek yang mengambil masa selama 4 minggu itu melibatkan murid Tahun 5 Dahlia.

Walaupun hasil projek kurang memuaskan, diharapkan projek ini memberi pendedahan dan pengalaman yang bermakna kepada murid yang baru mengenali Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Semoga projek yang lebih baik dapat dilaksanakan pada masa yang akan datang.

UPSR ( 8-10 SEPTEMBER,2009 )

SELAMAT MENDUDUKI UPSR BUAT MURID
TAHUN 6 ALAMANDA DAN 6 DAHLIA.

SEMOGA KEJAYAAN MENJADI MILIK ANDA SEMUA
.

Lawatan Sambil Belajar (15/08/09)

SK KS4 telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar (LSB) ke Miri untuk murid tahun 6 pada 15 hb Ogos. Guru pengiring adalah terdiri daripada Cikgu Faizal (Ketua), Ustzh Norma, Cikgu Rashid, Cikgu Ammar(hehe...), Cikgu Madihah dan Cikgu Maizatul Sarah.

Antara tempat-tempat yang dilawati adalah Lapangan Terbang Miri, Hotel Park City, Dewan Suarah, Taman Awam, Perpustakaan Awam, Stadium, Pusat Membeli-belah, Muzium Petronas dan tempat yang terakhir ialah pantai.
Peserta rombongan amat teruja dengan lawatan tersebut dan diharap mereka mendapat pengalaman yang bermakna.Rombongan tiba dengan selamat di KS4 pada pukul 6.30 pm.


Kem Bestari Solat (13 - 14/08/09)


Hari 1:
Kem Bestari Solat-KAFA berjalan lancar wal
aupun program dibuat awal sedikit daripada tarikh yang ditetapkan. Program ini melibatkan murid-murid tahun 1 hingga 4 dan ia diadakan bagi melihat penguasaan murid terhadap teori dan amali wudhuk dan solat 5 waktu.
Hari 2:

Kem Bestari Solat hari ini masuk hari terakhir. Pada hari ini diadakan kuiz dan sukaneka tentang bacaan dan pelakuan dalam solat. Acara berjalan dengan meriah dan sengit antara kumpulan yang bertanding. Syabas dan tahniah buat semua guru terutama guru agama atas kejayaan program tersebut. Acara berakhir pada pukul 5.30 petang.

Mesyuarat PIBG (09/08/09)

Mesyuarat PIBG SK Kelapa Sawit No.4 (KS4) telah diadakan pada hari Ahad, 9 Ogos, 2009. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama ibubapa yang hadir pada hari tersebut. Tahniah kepada YDP yang baru dilantik iaitu En. Awang Karudin serta tidak dilupakan ucapan penghargaan kepada mantan YDP, En. Aris. Kerjasama semua staf telah melancarkan perjalanan mesyuarat. Majlis berakhir dengan jamuan makan tengahari yang menyelerakan, disediakan dengan kerjasama staf-staf KS4.

RIMUP (07/08/09)



Acara jogathon / merentas desa dan sukaneka telah diadakan di SK Kelapa Sawit No.4 pada 7 Ogos, 2009 bersempena Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Sebelum itu, diadakan senamrobik dan tarian poco-poco yang disertai oleh semua warga sekolah. Upacara penyampaian hadiah telah diadakan di dewan sekolah dan majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama warga sekolah.