Projek pembestarian sekolah telah bermula pada 3 Ogos hingga 11 September yang lepas di mana sebelum itu seorang guru KS4 telah dihantar untuk mengikuti kursus Pembestarian Sekolah Kohort2 selama 4 minggu di IPG Miri. Setelah melaksanakan projek selama 4 minggu di sekolah, guru dikehendaki menghantar laporan kepada IPG Miri. Projek yang mengambil masa selama 4 minggu itu melibatkan murid Tahun 5 Dahlia.
Walaupun hasil projek kurang memuaskan, diharapkan projek ini memberi pendedahan dan pengalaman yang bermakna kepada murid yang baru mengenali Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Semoga projek yang lebih baik dapat dilaksanakan pada masa yang akan datang.